Lukisan mural yang menghiasi dinding bangunan lama di Ilham Seni @ Kampar di bahagian belakang blok bangunan lama Jalan Gopeng Kampar, menjadi tarikan terbaharu pelancongan di Daerah ini.
Mural di Ilham Seni @ Kampar yang berinspirasikan tradisi, budaya, sejarah, alam semulajadi dan industri telah disiapkan sepenuhnya oleh pelukis tempatan melalui kerjasama Persatuan Pelukis Perak.
Pelaksanaan bagi kerja melukis mural ini telah mengambil masa selama lapan (8) minggu bermula 21 Disember 2020 sehingga 16 Febuari 2021.
Lokasi focal point (titik focus) mural ini berada di laluan pejalan kaki di sepanjang Jalan Gopeng - Menara Jam – Taman Muhibbah – Pusat Rekreasi Kampar bagi mewujudkan konsep KAMPAR TRAILS di Pekan Lama Kampar.
Ia terletak di tengah-tengah Pekan Lama Kampar berukuran 250m sepanjang laluan protokol yang merupakan laluan utama Ipoh-Kampar.
Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.
Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak