Nama Pemaju: Tetuan Agacia Land Sdn. Bhd
Lokasi: Lebih kurang 2km dari Taman Bandar Baru dan 4km dari pekan
Kampar (Berhampiran Terminal Kampar Putra).
Ringkasan :
- Dibangunkan dengan unit-unit kedai 3 tingkat yang terdiri daripada 3 deretan bangunan. Kawasan ini dinamakan sebagai Bandar Agacia.
- Setiap unit mempunyai perincian yang berbeza dengan tema Inggeris seolah-olah berada di Bandar Eropah.
- Fasad bangunan berkonsep disney dengan kombinasi pelbagai warna pastel.
- Tarikan utama adalah sebagai lokasi bergambar kerana keunikan bangunan-bangunan yang ada.
- Aktiviti: Kedai makan dan Pasar Malam pada setiap hari Sabtu bermula jam 6 petang di sepanjang jalan di Bandar Agacia.
Sumber Rujukan:
- Jabatan Perancangan dan Pembangunan, MDKpr
- Tetuan Agacia Land Sdn Bhd