Barang siapa yang melakukan kesilapan berikut:-
1 Enggan atau tidak memberi penyata atau maklumat yang dikehendaki oleh pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima notis menghendakinya berbuat demikian.
2 Dengan diketahuinya (secara sengaja) membuat sesuatu penyata palsu atau tidak betul atau memberi suatu maklumat palsu atau tidak betul kepada pihak berkuasa tempatan.
3 Merintangi, menghalang atau menahan pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya daripada memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana pegangan yang terletak di dalam kawasannya.
4 Tidak memberi notis kepada pihak berkuasa tempatan tentang pindahmilik harta dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pindahmilik itu dibuat.
5 Tidak memberi notis kepada pihak berkuasa tempatan tentang kematian pemilik sesuatu pegangan dan seterusnya nama pemilik sesuatu pegangan dan seterusnya nama pemilik yang baru (waris kepada simati yang mewarisi pegangan tersebut).
6 Tidak memberi notis kepada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh lima belas hari tentang sesuatu bangunan baru didirikan, sesuatu bangunan dibina semula, dibesarkan, diubah, dibaiki, dibaharui atau sesuatu bangunan yang telah kosong diduduki semula.
Apabila disabitkan atas kesalahannya akan dikenakan:-
i Denda tidak lebih daripada RM2000 ( Dua ribu ringgit Malaysia ); atau
ii Penjara selama tempoh tidak lebih daripada 6 bulan ( enam bulan ); atau
iii Denda dan penjara itu kedua-duanya sekali.