PERANAN MDKpr
Sebagai kerajaan di peringkat ketiga dan terhampir dengan rakyat, MDKpr bertanggungjawab melaksanakan 5 peranan utama sebagai teras perkhidmatan kepada rakyat iaitu:-
- Memberikan perkhidmatan perbandaran yang efisien, dinamik dan berdaya maju
Mewujudkan Pentadbiran MDKpr yang berkesan agar perkhidmatan teras Majlis dapat memenuhi kepuasan masyarakat.
- Merancang pembangunan mampan
Merancang dan menyediakan infrastruktur serta kemudahan awam yang berkualiti dan berteknologi tinggi ke arah bandar yang mampu mengekalkan pencapaian dalam pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal secara berterusan.
- Merancang, melaksana dan mengawal perniagaan
Memastikan semua peraturan dan kehendak undang-undang dipatuhi oleh semua peniaga yang menjalankan perniagaan dalam kawasan Majlis serta mewujudkan iklim ekonomi yang berdaya saing dan seiring dengan arus pembangunan.
- Menguruskan hasil dan perbelanjaan Majlis
Bertanggungjawab memastikan semua hasil dan penerimaan direkodkan dan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan di dalam Arahan Perbendaharaan dan Akta Acara Kewangan 1957 serta Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan dengan bijaksana dan berhemah.
- Menguatkuasakan Undang-Undang
Melaksanakan peraturan-peraturan dan undang-undang yang sedia ada secara berkesan mengikut peruntukan yang dibenarkan