Berita / Aktiviti


SAMBUTAN AWAL MUHARAM PERINGKAT MAJLIS DAERAH KAMPAR TAHUN 2024M / 1446 H

SAMBUTAN AWAL MUHARAM PERINGKAT MAJLIS DAERAH KAMPAR TAHUN 2024M / 1446 H

10 Julai 2024 / 4 Muharam 1446 (Rabu) – Majlis Daerah Kampar dan Badan Kebajikan Majlis Daerah Kampar (BAKEB) telah menganjurkan program sambutan Awal Muharam bersempena meraikan Tahun Baru Islam Hijrah 1446.
Majlis Daerah Kampar sangat berbesar hati kerana telah berjaya menjemput Al Fadhil Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman untuk menyampaikan ceramah di bawah tajuk “Kerja Sepakat, Organisasi Hebat, Gaji Berkat”. Beliau telah menyampaikan ceramah dengan pengisian berdasarkan kebijaksanaan Rasullullah S.A.W. dalam merancang perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah di mana terkandung banyak pengajaran dan ilmu yang boleh diperolehi dan berhubung kait dengan tajuk yang telah diberi kepada beliau.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga pengisian yang telah dibuat mendapat keberkatan Allah S.W.T.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 11/07/2024 | Jumlah Pelawat : 4991709
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768