Majlis Daerah Kampar sangat berbesar hati kerana telah berjaya menjemput Al Fadhil Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman untuk menyampaikan ceramah di bawah tajuk “Kerja Sepakat, Organisasi Hebat, Gaji
Berkat”. Beliau telah menyampaikan ceramah dengan pengisian berdasarkan kebijaksanaan Rasullullah S.A.W. dalam merancang perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah di mana terkandung banyak pengajaran dan ilmu yang boleh diperolehi dan berhubung kait dengan tajuk yang telah diberi kepada beliau.