- Ilham Seni@Kampar merupakan inisiatif pelancongan dan seni yang menampilkan mural di bangunan lama di Pekan Lama Kampar, yang bertujuan memartabatkan tradisi, budaya, sejarah, alam semula jadi dan industri tempatan melalui karya seni visual.
- Projek Fasa Pertama mural di Ilham Seni@Kampar, yang terletak di bahagian belakang 4 blok bangunan lama Jalan Gopeng, telah disiapkan sepenuhnya oleh pelukis tempatan melalui kerjasama Persatuan Pelukis Perak. Pelaksanaan lukisan mural ini mengambil masa lapan (8) minggu bermula 21 Disember 2020 hingga 16 Februari 2021. Titik fokus mural ini berada di laluan pejalan kaki sepanjang Jalan Gopeng – Menara Jam – Taman Muhibbah – Pusat Rekreasi Kampar, selaras dengan konsep “Kampar Trails”, membentang sepanjang 250 meter di laluan protokol yang juga merupakan laluan utama Ipoh–Kampar. Projek ini telah meletakkan asas bagi tarikan pelancongan seni yang menghidupkan Pekan Lama Kampar.
- Bagi kesinambungan daripada Projek Fasa Pertama, Ilham Seni@Kampar: Re-Imagined dilaksanakan sebagai Projek Fasa Kedua sejak 6 November 2023 hingga 21 Mei 2024, melibatkan 12 blok bangunan dengan panjang keseluruhan 427 meter. Projek ini dikendalikan oleh UPM Consultancy & Services Sdn Bhd, dengan penglibatan sembilan (9) pelukis tempatan. Sepanjang projek ini, sebanyak 45 lakaran kerja seni telah disiapkan dengan 15 tema lukisan dan 26 koleksi peribahasa lama, berinspirasikan elemen “re-imagination” termasuk memaparkan perjalanan masa lampau, pengalaman peribadi, keindahan alam dan gabungan budaya tempatan.
- Ilham Seni@Kampar: Re-Imagined ini bertujuan meningkatkan estetika ruang bandar, menyampaikan mesej budaya dan sejarah tempatan, serta menjadi tarikan pelancongan baharu di Kampar.
BLOK A
1. Heritage House Gopeng
2. Lompat Getah
3. Tarik Upeh
4. Durian
5. Itik
6. Kampar (Tulisan)
7. Kelamai
8. Disney Avenue Agacia Land
BLOK B
1. Air Terjun Batu Berangkai
2. Berakit di Jeram Sungai Kampar
3. Ladang Teh Gaharu
4. Kapal Korek
5. Kampar (Love)
BLOK C
1. Sungai Salu
2. Peta Kampar
3. Gua Tempurung
4. Rafflesia
5. Burung Heron
6. Ikan Raja
BLOK D
1. Bunga Cassia Biflora
2. Mendulang
3. Waterfall Abseiling
4. Paip Besar Gopeng
Sila Klik DISINI Untuk Booklet Ilham Seni