Skip to main content

Mengenai Kami

Fungsi

  • PERANAN MDKpr

    Sebagai kerajaan di peringkat ketiga dan terhampir dengan rakyat, MDKpr bertanggungjawab melaksanakan 5 peranan utama sebagai teras perkhidmatan kepada rakyat iaitu:-

    1. Memberikan perkhidmatan perbandaran yang efisien, dinamik dan berdaya maju

               Mewujudkan Pentadbiran MDKpr yang berkesan agar perkhidmatan teras Majlis dapat memenuhi kepuasan masyarakat.

    1. Merancang pembangunan mampan

                Merancang dan menyediakan infrastruktur serta kemudahan awam yang berkualiti dan berteknologi tinggi ke arah bandar yang mampu mengekalkan pencapaian dalam pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal secara berterusan.

    1. Merancang, melaksana dan mengawal perniagaan

          Memastikan semua peraturan dan kehendak undang-undang dipatuhi oleh semua peniaga yang menjalankan perniagaan dalam kawasan Majlis serta mewujudkan iklim ekonomi yang berdaya saing dan seiring dengan arus pembangunan.

    1. Menguruskan hasil dan perbelanjaan Majlis

               Bertanggungjawab memastikan semua hasil dan penerimaan direkodkan dan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan di dalam Arahan Perbendaharaan dan Akta Acara Kewangan 1957 serta Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan dengan bijaksana dan berhemah.

    1. Menguatkuasakan Undang-Undang

               Melaksanakan peraturan-peraturan dan undang-undang yang sedia ada secara berkesan mengikut peruntukan yang dibenarkan