Skip to main content

Mengenai Kami

Logo Korporat

Selaras dengan Program Pelan Transformasi PBT yang merupakan agenda terbaru Program Transformasi Kerajaan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Daerah Kampar telah menyelaras semula penjenamaan imej korporat di Majlis Daerah Kampar.

Antara penjenamaan semula tersebut adalah penciptaan Logo 7 Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau yang telah dihasilkan dengan kerjasama strategik bersama Ngdawiyah's Gesture Drawing Team daripada People of Remarkable Talent (P.O.R.T), Ipoh. Ianya telah dilancarkan secara rasmi dalam Hari Terbuka Majlis Daerah Kampar pada 31.05.2016.

Logo ini telah digunapakai dengan meluas dalam semua penerbitan dan program yang dijalankan di Majlis Daerah Kampar bagi tujuan promosi.

Logo Koporat Majlis Daerah Kampar

 Maksud :

1. Huruf  'K'  - Melambangkan Kekuatan, Kesepaduan & Kecemerlangan selain daripada unsur utama KAMPAR itu sendiri.

2. Warna BIRU - Susunan Kerja dan Perancangan yang teratur bagi membentuk Kampar sebagai sebuah bandar yang maju dan membangun.

3. Warna MERAH - Kekuatan dan Kemantapan Pengurusan Organisasi yang terus dipupuk di dalam Majlis.