Skip to main content

Berita / Aktiviti


MAJLIS MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PELAKSANAAN SISTEM LESEN DIGITAL myPATIL

MAJLIS MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PELAKSANAAN SISTEM LESEN DIGITAL myPATIL

26 Oktober 2023 - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah mengadakan Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima (SST) antara MDKpr dan Syarikat Gates IT Solution Sdn. Bhd. bagi Pelaksanaan Sistem Lesen Premis Digital myPATIL. Pada majlis tersebut Puan Siti Azura binti Haji Juki, Setiausaha MDKpr telah mewakili Yang Dipertua MDKpr menyaksikan majlis yang dihadiri oleh En. Husni bin Ruslai, Ketua Pegawai Eksekutif, En. Norhan bin Manaf, Pengarah Pemasaran dari Gates IT Solution Sdn. Bhd. dan para pegawai MDKpr.

Majlis Daerah Kampar melakar sejarah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke-12 yang menggunakan teknologi lesen premis digital di Negeri Perak. Teknologi lesen premis digital ini telah membawa pendigitalan dalam urusan pelesenan kepada pihak PBT. Semoga pelaksanaan lesen premis digital ini akan memberi kemudahan dan mempercepatkan proses permohonan pelesenan yang sedia ada.