Skip to main content

Berita / Aktiviti


LAWATAN PENILAIAN TEMPAT KERJA STAF OKU OLEH PANEL PERKESO NEGERI PERAK

LAWATAN PENILAIAN TEMPAT KERJA STAF OKU OLEH PANEL PERKESO NEGERI PERAK

1 November 2023 - Pihak PERKESO Cawangan Ipoh telah mengadakan lawatan penilaian tempat kerja bagi anggota Majlis Daerah Kampar (MDKpr) yang mengalami hilangupaya akibat kemalangan dan menyertai Program Return To Work (RTW) PERKESO. Sesi lawatan yang dijalankan oleh En. Mohamad Nur Imran bin Ahmad Soki, Pengurus Kes (RTW) PERKESO telah melawat tempat kerja, laluan bekerja, kemudahan tandas, tempat meletak kenderaan dan kemudahan lain untuk mengetahui status dan skop pekerjaan anggota hilang upaya kekal yang kembali bertugas. Diharapkan dengan kerjasama antara pihak Majlis dan PERKESO dapat membantu anggota hilangupaya kekal menjalani proses pemulihan fizikal dan seterusnya kembali semula bekerja.