Pada tahun 1960, Jawatankuasa Kampar Merdeka dan disokong oleh Jawatankuasa Semua Komuniti Kampar telah mencadangkan untuk mendirikan Menara Jam Kemerdekaan di Pekan Kampar. Pembinaan menara jam tersebut telah siap dalam tempoh dua (2) bulan pada tahun 1961. Walau bagaimanapun, jam dipasang pada tahun 1962 dan menara jam tersebut telah dirasmi pada 10 Jun 1962 oleh Tuan Chee Heong Chee @ Chee Ng.JP, Presiden MCA Kampar.