Tarikh :
26 September 2023 (Selasa)
Perasmian Oleh :
Puan Siti Azura binti Haji Juki (Setiausaha MDKpr)
Unit Perhubungan Korporat & Pelancongan dan BAKEB MDKpr
Program Majlis Daerah Kongsi Projek Rezeki (MD@Kpr) ini telah dilancarkan secara rasmi pada pagi ini oleh Puan Siti Azura binti Haji Juki, Setiausaha MDKpr. Turut hadir bersama ialah Ahli-ahli Majlis, Ketua Jabatan dan Yang Dipertua BAKEB MDKpr.
Program ini bertujuan untuk membantu anggota MDKpr dan orang awam yang memerlukan bantuan bekalan makanan dalam meneruskan kelangsungan hidup pada waktu ini.
Pelanggan yang berurusan di MDKpr adalah dialukan untuk mengambil barangan keperluan ini secara PERCUMA. Pihak Majlis juga menerima mana-mana sumbangan daripada orang awam sekitar Daerah Kampar yang ingin turut serta memeriahkan program ini,
Semoga setiap sumbangan dapat membantu meringankan beban penerima yang memerlukan.