26 Oktober 2023 -
Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah mengadakan Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima (SST) antara MDKpr dan Syarikat Gates IT Solution Sdn. Bhd. bagi Pelaksanaan Sistem Lesen Premis Digital myPATIL. Pada majlis tersebut Puan Siti Azura binti Haji Juki, Setiausaha MDKpr telah mewakili Yang Dipertua MDKpr menyaksikan majlis yang dihadiri oleh En. Husni bin Ruslai,
Ketua Pegawai Eksekutif, En. Norhan bin Manaf, Pengarah Pemasaran dari Gates IT Solution Sdn. Bhd. dan para pegawai MDKpr.