Berita / Aktiviti


LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS DAERAH KAMPAR KE MAJLIS DAERAH LIPIS, PAHANG

LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS DAERAH KAMPAR KE MAJLIS DAERAH LIPIS, PAHANG

31 Oktober 2023 - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah mengadakan Lawatan Penandaarasan ke Majlis Daerah Lipis, Pahang. Lawatan diketuai oleh En. Mohd Izham bin Ahmad, Pegawai Tadbir Jabatan Kesihatan Awam, MDKpr dan anggota-anggota Jabatan Kesihatan Awam dan Jabatan Kejuruteraan, MDKpr. Delegasi telah disambut oleh Puan Wan Norizan binti Wan Badaruzzaman, Setiausaha MD Lipis bersama para pegawai dan anggota.

Objektif lawatan ini bertujuan mempelajari dan melihat rekabentuk Pasar Awam Bunga Cengkih dan Pusat Sembelih Ayam dan Unggas yang dibina di MD Lipis mengikut Garis Panduan Pasar Sejahtera di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Saharini binti Omar, Ketua Jabatan Kejuruteraan MD Lipis dan PPKP Fathin Nor Syafiqa binti Muhamad Ruhaidir, Unit Kesihatan Awam dan rombongan dibawa melawat ke pusat penyembelihan ayam.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 17/01/2025 | Jumlah Pelawat : 4991727
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768