Berita / Aktiviti


LAWATAN PENANDAARASAN KE MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

LAWATAN PENANDAARASAN KE MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

18 Julai 2023 - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah mengadakan Lawatan Penandaarasan ke Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang diketuai oleh Pn. Rozzilla binti Mohammad Som, Pegawai Tadbir Jabatan Kejuruteraan, En.Mohd Izham bin Ahmad, Pegawai Tadbir Jabatan Kesihatan Awam, Pn. Khumaizah binti Aziz, Pen. Peg. Tadbir Unit Perhubungan Korporat dan Pelancongan, En. Muhamad Syarafi bin Mohd Said, Pen. Peg. Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasaan dan beberapa orang anggota MDKpr. Objektif lawatan ini adalah untuk mempelajari dan bertukar pandangan mengenai pengurusan dataran dan dewan milik MPT yang dijadikan program acara dan sewaan kemudahan awam kepada pihak luar.

Delegasi rombongan telah disambut oleh YBrs. Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir, Yang Dipertua MPT dan dibawa melihat dari aras pejabat YDP, Dataran Warisan MPT yang sering dijadikan lokasi program acara secara kerjasama antara agensi kerajaan dan pihak swasta.
Taklimat dan lawatan berkaitan pengurusan dataran dan dewan MPT telah disampaikan dan dikongsi oleh beberapa pegawai daripada MPT iaitu Tuan Haji Ahmad Shariffuddin bin Kassim, Pengarah Khidmat Pengurusan, En. Muhammad Hafizzuddin bin Azhar, Pen. Pegawai Tadbir, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, En. Musnarizal Bin Abd Manap, Pen. Pegawai Tadbir, Bahagian Pengurusan Bukit Larut dan En. Mad Khalid bin Nayan, Penolong Arkitek Landskap kepada pihak MDKpr. Rombongan lawatan juga telah dibawa melawat Dataran Warisan, Dataran Kedamaian, Dataran Pavillion Zoo Taiping, Padang Esplanade dengan menaiki bas elektrik (EV) dan turut dibawa melawat ke dalam Zoo Taiping.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 01/01/2026 | Jumlah Pelawat : 4991713
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768