22 Mei 2023 - Anggota Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah menjalankan pembersihan awam di Terminal Bas Kampar bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa dijaga. Adalah diharapkan semua warga Kampar khususnya para penumpang bas bersama-sama menjaga kebersihan dan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.