Skip to main content

Tempat Menarik Di Kampar

Muzium Gopeng

Muzium Gopeng

  • Nama Pengusaha:
    Pertubuhan Pengurusan Muzium Gopeng
  • Pengerusi:
    Prof. Dr. Wong Wun Bin
  • Setiausaha Kehormat:

    Mr Phang See Kong

  • Pengurus:

    Teh Boon Teck   019-669 5443

  • Alamat:
    47, 49, 51 & 53 Jalan Eu Kong, 31600 Gopeng.
  • Waktu Operasi:

    Mengikut pada janji temu sahaja

Ringkasan Aktiviti

  • Muzium Gopeng berperanan sebagai pusat rujukan dan pameran sejarah yang mendokumentasikan perkembangan Pekan Gopeng, khususnya berkaitan era perlombongan bijih timah, penempatan awal masyarakat serta pembentukan identiti sosioekonomi kawasan ini.
  • Muzium ini mempamerkan pelbagai barangan antik dan artifak yang pernah digunakan oleh generasi terdahulu, termasuk mesin pemprosesan bijih timah dan getah, peralatan harian serta bahan dokumentasi lama yang menggambarkan kehidupan dan aktiviti ekonomi masyarakat Gopeng pada masa lampau.
  • Muzium Gopeng turut berfungsi sebagai platform promosi pelancongan dengan menyediakan maklumat mengenai produk pelancongan tempatan, destinasi tarikan, aktiviti eko-pelancongan dan warisan, sekali gus menyokong pembangunan industri pelancongan di Gopeng.
  • Muzium ini menjadi titik permulaan dan pusat koordinasi bagi Program Heritage Walk Gopeng, iaitu aktiviti lawatan berpandu yang membawa pengunjung menelusuri tapak-tapak bersejarah, bangunan warisan dan lokasi penting di sekitar Pekan Gopeng bagi meningkatkan kesedaran serta penghargaan terhadap warisan tempatan.

Sumber Rujukan

  • Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (Buku Tapak Geologi Geopark Kebangsaan Lembah Kinta)
  • Unit PerakGIS Negeri Perak (Geopark Lembah Kinta, Geopark Kebangsaan Malaysia)
  • Jabatan Perancangan dan Pembangunan, Majlis Daerah Kampar
  • Unit Perhubungan Korporat dan Pelancongan, Majlis Daerah Kampar
  • Encik Phang See Kong, Muzium & Rumah Warisan Gopeng