Tempat Menarik Di Kampar
Ladang Teh Gaharu
Ladang Teh Gaharu
-
Nama Pengusaha:Encik David Ho Kwan Meng
-
Keluasan:300 ekar dan ditanam dengan lebih kurang 200,000 pohon pokok Gaharu yang merupakan jenis hibrid dikacukkan dengan 12 jenis spesies Gaharu, dikenali sebagai HOGA (Holistic Gaharu) dan telah diiktiraf oleh MyIPO dengan Idikasi Geografi Gaharu Gopeng.
-
Mula operasi:Sejak tahun 2010.
-
Alamat:
Jalan Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak
-
Waktu Operasi:
9.15 pagi - 6 petang (Tutup pada Hari Selasa)
Ringkasan
-
Seluruh ladang ini juga ditanam dengan pelbagai tanaman hiasan yang mencecah 1,000 pohon termasuk bonsai, pokok renek berbunga,pokok teduhan dan sebagainya untuk menceriakan seluruh kawasan ladang ini.
-
Pelancong boleh merasai pengalaman ini menerusi lawatan Ladang Gaharu (Pengalaman HOGA) yang mengambil masa selama 1 jam dengan menaiki van yang disediakan.
-
Menara HOGA merupakan stesen pertama dalam lawatan ladang dan setinggi 3 tingkat: tingkat bawah sebagai tempat untuk memberi penerangan dan menikmati pemandangan, tingkat 1 sebagai Galeri 3D dan tingkat 2 sebagai pelantar pemandangan.
-
Hugging Park ialah stesen kedua di mana satu kawasan khas diwujudkan untuk membolehkan pelancong mendekati dan memeluk pokok Gaharu.
-
Stesen ketiga pula ialah Lover’s Park. Di sini, terdapat sepasang pokok yang telah berusia berabad lama teguh berdiri di mana kelihatan satu pokok yang berbatang hitam memeluk satu lagi pokok berbatang putih, seolah-olah sepasang kekasih.
-
HOGA Outlet merupakan kedai cenderahati menjual produk-produk inovatif yang berasaskan Gaharu dengan merangkumi siri penjagaan kesihatan badan, makanan dan minuman, kayu Gaharu, kosmetik dan kecantikan dan sebagainya.
Sumber Rujukan
-
Unit Perhubungan Korporat dan Pelancongan, Majlis Daerah Kampar
-
Encik Nichlaus Ho, Pengurus Besar Ladang Teh Gaharu, Gopeng