KAJIAN PEMAHAMAN WARGA KPKT DAN MASYARAKAT BERKAITAN KREDIT KOMUNITI
2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Unit
Komunikasi Korporat (UKK) dan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKK)
sedang menjalankan kajian pemahaman masyarakat awam berkaitan Kredit
Komuniti. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan penilaian
masyarakat awam berkaitan Kredit Komuniti dan kefahaman tentang peranan
KPKT dalam mengawal selia aktiviti-aktiviti pemberi kredit. Justeru,
soal selidik kajian tersebut boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang
terdapat pada poster di atas atau melalui pautan berikut;
https://me-qr.com/hOIdreyB
Sehubungan itu, kami memohon kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/ YBhg.
Dato'/ YBrs. Dr. / Tuan/ Puan untuk menjawab soalan kajian ini.
Kerjasama dan perhatian dari semua pihak dalam menjayakan kajian ini
amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.