29 Mei 2023 - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kampar telah menganjurkan Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Wow di tempat kerja dengan pelaksanaan Skop Pertama iaitu Saringan Kesihatan.
Program KOSPEN Wow ini merupakan pendekatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan pekerja di agensi-agensi kerajaan dan swasta berada dalam keadaan yang sihat dan bebas dari Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti dan pelbagai penyakit NCD yang lain.
Program saringan kesihatan merupakan salah satu dari 8 skop yang terdapat dalam program KOSPEN Wow. Diharapkan program ini berjaya dilaksanakan dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari anggota PKD yang melatih staf MDKpr untuk menjalankan saringan kesihatan kendiri.