Kampar River Festival

📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢

Majlis Daerah Kampar akan menganjurkan perlumbaan rakit arus deras bertaraf “World Cup” yang pertama kali dianjurkan di Malaysia! Perlumbaan ini diiktiraf oleh International Rafting Federation (IRF) sebagai salah satu perlumbaan yang menyumbang mata kepada ranking pasukan bertaraf dunia.🏆

Setiap pasukan dianggotai oleh lima orang peserta, dan pihak penganjur akan menyediakan seorang _river guide_ berpengalaman untuk membantu mengemudi rakit semasa perlumbaan berlangsung.
🎯Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah!
Ini adalah peluang keemasan untuk menunjukkan kehebatan anda di perlumbaan rakit arus deras, sambil menikmati keindahan Sungai Kampar di Gopeng, Perak. 🚣

Kami mengalu-alukan semua pihak dari jabatan dan agensi kerajaan untuk menyertai pertandingan yang berprestij ini.
📢📢Daftar sekarang dan sertai kami dalam mengukir nama di pentas antarabangsa!

Read more: Kampar River Festival

  • Hits: 591

Aplikasi Pintar

Sumber

Aplikasi Pintar

MyWC2U

Aplikasi MyWC2U yang telah dibangunkan oleh KPKT berfungsi untuk memudahkan orang ramai mencari tandas awam terdekat dalam lingkungan 6KM radius berpandukan petunjuk GPS.

Selain itu, pengguna juga dapat melihat maklumat tandas awam berpandukan Penarafan Bintang dan kemudahan yang disediakan di tandas awam seperti keperluan orang kurang upaya (OKU), bilik tukar lampin dan lain-lain. Malah, pengguna juga dapat memberi penilaian tahap kepuasan tandas awam untuk dijadikan panduan kepada pengguna lain.

Jom muat turun aplikasi ini secara percuma menerusi Google Play atau App Store sekarang!

PARK@PERAK

Alternatif Pembayaran Caj Letak Kereta Melalui Telefon Pintar. Kini anda boleh membayar caj letak kereta anda melalui aplikasi ini tanpa menggunakan kupon letak kereta sedia ada di SELURUH PERAK bermula 1 JANUARI 2019.

Aplikasi ini boleh di Muat Turun Melalui Play Store (Android), App Store (iOS) dan Appgallery (Huawei)

Maklumat Lanjut

Aplikasi Mobile i-Tegur

merupakan satu inovasi baharu yang telah dibangunkan oleh kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang serta untuk memberikan kemudahan kepada orang awam khususnya bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Kampar (MDKpr) melalui mobile atau telefon pintar.

Aplikasi ini boleh di Muat Turun Melalui Play Store (Android), App Store (iOS)

Maklumat Lanjut

SnapNPay ™

adalah Fasilitator Pembayaran Beretika (E-PF) yang menyediakan penyelesaian pembayaran dalam talian yang mudah dan selamat melalui Bursa Pembayaran SnapNPay.

Majlis Daerah Kampar telah berkerjasama dengan syarikat ini bagi membolehkan orang awam membayar Bil Cukai Taksiran Majlis.

Maklumat Lanjut

hrmis

MYHRMIS MOBILE

Aplikasi MyHRMIS Mobile merupakan aplikasi mudah alih terbaharu JPA yang merangkumkan kesemua fungsi dalam aplikasi MyHRMIS sedia ada iaitu MyHRMIS Cuti, MyHRMIS Profil, MyHRMIS eGL, MyHRMIS Self Check, MyHRMIS Care dan MyHRMIS Keluar Pejabat.

Kesemua fungsi yang terdapat dalam aplikasi MyHRMIS sedia ada boleh diakses dalam aplikasi terbaharu ini dalam bentuk paparan yang lebih ringkas, kemas dan menarik.

MYHRMIS MOBILE

Maklumat Lanjut

Read more: Aplikasi Pintar

  • Hits: 559

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 11/07/2024 | Jumlah Pelawat : 4991709
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768