Perpustakaan Tun Razak berperanan sebagai pusat sumber informasi ilmu pengetahuan, teknologi dan hub pendidikan warga kota Bandaraya Ipoh. Tujuannya adalah untuk menghimpun, menyedia, mengolah, memelihara dan menyelenggara bahan bacaan dan rujukan. Sebagai sumber utama pendidikan perpustakaan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut kepada seluruh warga kota Ipoh.
A.PERKHIDMATAN SURATKHABAR DAN MAJALAH
Perkhidmatan akhbar dan majalah disediakan dalam empat Bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan BahasaTamil.
Jumlah suratkhabar yang dilanggan adalah dalam Bahasa Malaysia sebanyak 8 naskah, Bahasa Inggeris 5 naskah, Bahasa Cina 5 naskah, dan Bahasa Tamil 4 naskah.
Jumlah majalah yang dilanggan dalam Bahasa Malaysia sebanyak 30 naskah, Bahasa Inggeris 12 naskah, Bahasa Cina 12 naskah dan Bahasa Tamil 12 naskah.
Semua bahan tersebut dipamerkan di sudut bacaan di tingkat bawah.
B.PERKHIDMATAN DI SUDUT KANAK-KANAK
Pihak perpustakaan menyediakan ruangan yang selesa bagi pengguna kanak-kanak serta ibu bapa dimana ia dinamakan *Taman Ilmu*
Kawasan tersebut dipenuhi dengan bahan-bahan bacaan dan rujukan untuk mewujudkan suasana kekeluargaan.
Membantu pelajar sekolah rendah untuk “Program Buku Nilam” dimana kanak-kanak di bawah umur 12 tahun merujuk kepada buku cerita yang diminati.
Ia akan memupukkan semangat membaca dikalangan kanak-kanak.
Alat-alat permainan juga disediakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti riadah.
C.PERKHIDMATAN PENDAFTARAN KEAHLIAN / PINJAMAN / PEMULANGAN / PEMBAHARUAN BUKU
Pendaftaran keahlian kanak-kanak bawah umur 12 tahun adalah percuma. Kanak-kanak perlu membawa mykid untuk mendaftar keahlian. Ahli kanak-kanak dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja. Bagi yang berumur tigabelas tahun ke atas perlu membawa mykad dan dikena bayaran sepuluh ringgit sahaja. Bagi ahli dewasa pula boleh meminjam sehingga empat buah buku setiap kali pinjaman.
Perkhidmatan ini disediakan bagi pengguna yang berdaftar dan boleh meminjam dua atau empat buah buku untuk tempoh dua minggu. Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui selama dua minggu lagi dari tarikh pembaharuan. Pembaharuan bahan bacaan hanya dibenarkan tiga kali sahaja. Pengguna akan dikenakan caj denda lewat pemulangan sebanyak 10 sen sehari setiap buku.
Perkhidmatan rujukan dan Malaysiana membantu para pelajar sekolah, IPTA / IPTS dan penyelidik mendapatkan bahan monograf. Koleksi monograf rujukan dan Malaysiana terdiri daripada bahan –bahan terbitan Malaysia dimana sebahagiannya merangkumi Negara Malaysia. Koleksi ini bertujuan mengumpul semua maklumat berkaitan Malaysia dan hasil karya penulis Malaysia untuk rujukan orang ramai.
Bagi golongan pelajar sekolah kami menyediakan perkhidmatan menyediakan bahan folio sekolah mengiku tajuk semasa. Bahan folio ini dikumpulkan dari bahan rujukan berupa monograf. Ia bertujuan mengikut dasar pendidikan Negara untuk melahirkan insan modal yang hebat, seiring dengan Dasar Pembangunan Negara.
Perkhidmatan ini disediakan untuk kemudahan pembaca serta pengguna perpustakaan. Setiap kertas yang difotokopi dicaj sebanyak RM 0.10 sen sahaja . Perkhidmatan ini dilaksanakan di tingkat lima sahaja. Perkhidmatan fotokopi berwarna tidak disediakan.
E.LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Perpustakaan mengendalikan aktiviti lawatan sambil belajar. Sebulan hanya dua buah sekolah atau tadika dibenarkan membuat lawatan. Semasa lawatan sekolah aktiviti untuk pelajar diadakan mengikut kategori umur. Antaranya adalah pop kuiz untuk kanak-kanak tadika, cara menguruskan pusat sumber sekolah untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
F.PERKHIDMATAN LATIHAN MENGURUSKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Latihan untuk pengawas pusat sumber sekolah akan diberikan mengikut permintaan sekolah. Latihan tersebut termasuk cara menyusun , mengkatalog dan membalut buku kepada pengawas pusat sumber. Latihan ini akan dilaksanakan secara percuma kepada sekolah-sekolah yang berminat.
G.PERKHIDMATAN RUJUKAN KOLEKSI TEKS
Perkhidmatan ini bertujuan para pelajar sekolah membuat rujukan. Bahan rujukan terdiri daripada buku rujukan peperiksaan sekolah UPSR, PMR, SPM, STPM dan Pra-universiti. Ia membantu pelajar sekolah mengisi masa lapang di perpustakaan dengan manfaat.
H.PERKHIDMATAN WIFI
Perkhidmatan ini diberi dengan percuma bagi setiap pengguna.
I.PERKHIDMATAN WEBOPAC
Ia bertujuan memudahkan pengguna mencari bahan yang telah dikatalog. Perkhidmatan ini menawarkan khidmat mencari bahan bacaan dan rujukan melalui tajuk, pengarang, perkara, penerbitan , siri, dan nombor ISBN.
Pengguna berdaftar yang membuat pinjaman melalui perkhidmatan ini boleh juga memperbaharui tarikh pemulangan buku.
Sekiranya bahan yang dicari pengguna; telah dipinjam oleh pengguna lain; maka pengguna tersebut boleh membuat tempahan awal melalui webopac.
Tajuk terbaru bahan yang telah dikatalog juga boleh dicari.
J.PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN TARIKH TAMAT TEMPOH BUKU MELALUI TALIPON
Perkidmatan ini untuk ahli perpustakaan yang telah membuat pinjaman buku dan tidak dapat dipulangkan pada tarikh tersebut di kaunter sirkulasi perpustakaan , maka bolehlah membuat panggilan ke perpustakaan untuk membuat pembaharuan tarikh baru.
Panggilan tersebut perlu dibuat pada masa waktu operasi perpustakaan .
Butiran yang perlu diberi adalah tarikh tamat tempoh, patron ID dan nombor panggilan (aksyesen) buku di belakang buku.
Perkhidmatan ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar IPTA , IPTS dan golongan pekerja yang berkerja di luar kawasan supaya tidak dikenakan bayaran denda lewat pemulagan buku.
KEAHLIAN
Terdapat beberapa kategori keahlian di Perpustakaan Tun Razak
Mendaftar di kaunter dengan membawa Mykid / Sijil Lahir asal.
Yuran keahlian bagi kanak-kanak adalah secara percuma.
Tempoh memproses pendaftaran keahlian adalah antara 5 hingga 10 minit.
Dibenarkan meminjam maksimum 2 buah buku selama 14 hari.
Boleh melanjutkan tarikh pinjaman buku sebanyak 3 kali.
Keahlian sah sehingga berumur 12 tahun ( pada 31 Disember ).
Sekiranya ingin terus manjadi ahli, perlu mengemaskini butiran peribadi dan mendaftar sebagai ahli dewasa.
WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN
ISNIN HINGGA JUMAAT
10.00AM - 5.00PM
SABTU
10.30AM - 4.30 PM
AHAD DAN CUTI UMUM DITUTUP
05- 2558073
Hubungi
Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.
Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak