ILHAM SENI @ KAMPAR

Ladang Teh Gaharu

Ladang Teh Gaharu

Nama Pengusaha: Encik David Ho Kwan Meng

Keluasan: 300 ekar dan ditanam dengan lebih kurang 200,000 pohon pokok Gaharu yang merupakan jenis hibrid dikacukkan dengan 12 jenis spesies Gaharu, dikenali sebagai HOGA (Holistic Gaharu) dan telah diiktiraf oleh MyIPO dengan Idikasi Geografi Gaharu Gopeng.

Mula operasi: Sejak tahun 2010.

Lokasi: Terletak 3 km dari Pekan Gopeng dan di antara Kampung Sungai Pintu Padang dan Kampung Sungai Itek.

           Ringkasan :

  • Seluruh ladang ini juga ditanam dengan pelbagai tanaman hiasan yang mencecah 1,000 pohon termasuk bonsai, pokok renek berbunga,pokok teduhan dan sebagainya untuk menceriakan seluruh kawasan ladang ini.
  • Pelancong boleh merasai pengalaman ini menerusi lawatan Ladang Gaharu (Pengalaman HOGA) yang mengambil masa selama 1 jam dengan  menaiki van yang disediakan.
  • Menara HOGA merupakan stesen pertama dalam lawatan ladang dan setinggi 3 tingkat: tingkat bawah sebagai tempat untuk memberi penerangan dan menikmati pemandangan, tingkat 1 sebagai Galeri 3D dan tingkat 2 sebagai pelantar pemandangan.
  • Hugging Park ialah stesen kedua di mana satu kawasan khas diwujudkan untuk membolehkan pelancong mendekati dan memeluk pokok Gaharu.
  • Stesen ketiga pula ialah Lover’s Park. Di sini, terdapat sepasang pokok yang telah berusia berabad lama teguh berdiri di mana kelihatan satu pokok yang berbatang hitam memeluk satu lagi pokok berbatang putih, seolah-olah sepasang kekasih.
  • HOGA Outlet merupakan kedai cenderahati menjual produk-produk inovatif yang berasaskan Gaharu dengan merangkumi siri penjagaan kesihatan badan, makanan dan minuman, kayu Gaharu, kosmetik dan kecantikan dan sebagainya.

    Sumber Rujukan:
  • Encik Nichlaus Ho – Ladang Teh Gaharu, Gopeng

Koordinat

koordinat

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 11/07/2024 | Jumlah Pelawat : 4991709
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768