Skip to main content

Tempat Menarik Di Kampar

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta

  • Alamat:

    Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak

  • Waktu Operasi:

    9 pagi - 5 petang

Ringkasan

  • Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta telah dibuka atas inisiatif Mendiang Tan Sri Hew See Tong, seorang tokoh industri perlombongan bijih timah terkemuka, bagi memelihara dan mendokumentasikan sejarah perlombongan bijih timah yang pernah menjadi pemangkin utama pembangunan ekonomi di Lembah Kinta dan Malaysia.
  • Muzium ini merupakan antara muzium terbesar di Malaysia yang bertemakan perlombongan bijih timah, dengan fokus kepada evolusi teknologi, kaedah dan aktiviti perlombongan dari era tradisional hingga moden, khususnya yang berkait rapat dengan sejarah Lembah Kinta sebagai pusat perlombongan utama negara.
  • Pameran muzium merangkumi replika aktiviti melombong, empat (4) model perlombongan daripada pelbagai era yang dibangunkan oleh pakar perlombongan, pameran ratusan foto lama, replika palong, koleksi mineral dan bijih timah, serta bahan dokumentasi seperti dokumen sejarah, statistik dan atlas geologi.
  • Selain berfungsi sebagai pusat pameran, muzium ini berperanan sebagai medium pendidikan dan rujukan sejarah, khususnya kepada pelajar, penyelidik dan pelancong, serta menyumbang kepada pembangunan pelancongan warisan dan geopelancongan di bawah inisiatif Geopark Lembah Kinta.

Rujukan

  • Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (Buku Tapak Geologi Geopark Kebangsaan Lembah Kinta)
  • Jabatan Perancangan dan Pembangunan, Majlis Daerah Kampar
  • Unit Perhubungan Korporat dan Pelancongan, Majlis Daerah Kampar
  • Encik Jacky Chew Seng Leong, Kurator Muzium Bijih Timah