Skip to main content

Berita / Aktiviti


HEBAHAN LELONGAN HAIWAN MERAYAU 15.6.2026

Sesi Libat Urus Majlis Daerah Kampar bersama Ahli Majlis dan Puncak Emas Infra Sdn Bhd (PEISB) telah diadakan pada 17 Mei 2023 (Rabu) bertempat di Auditorium, MDKampar. Sesi tersebut telah dihadiri oleh barisan Ketua-ketua Jabatan MD Kampar, Ahli-Ahli Majlis dan Wakil Puncak Emas Infra Sdn Bhd.
Sesi libat urus ini diadakan bertujuan perkongsian dan penerangan berkenaan bidang tugas Majlis Daerah Kampar dengan lebih terperinci. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua-Ketua jabatan MD Kampar dan pihak konsesi PEISB.
Dengan adanya penyaluran maklumat dan komunikasi dua hala antara pihak yang terlibat, Ahli-Ahli Majlis dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik dan cekap.