Skip to main content

Berita / Aktiviti


PEMBERSIHAN PUSAT PENJAJA LAWAN KUDA

PEMBERSIHAN PUSAT PENJAJA LAWAN KUDA

Operasi pembersihan Pusat Penjaja Lawan Kuda telah dijalankan oleh petugas-petugas Jabatan Kesihatan Awam, MDKpr pada 18 Julai 2023. Operasi ini merangkumi pemotongan rumput, pembersihan sampah sarap, pembersihan longkang, lantai & kawasan sekitar pusat penjaja tersebut.

Aktiviti ini dijalankan secara berkala iaitu setiap sebulan sekali bagi memastikan kawasan pusat penjaja sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan vektor seperti nyamuk, tikus, lipas & lalat yang boleh membawa penyakit kepada manusia. Para peniaga adalah dinasihatkan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak Majlis.

KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ๐Ÿšฎ