Skip to main content

Berita / Aktiviti


KAWALAN TIKUS DI PASAR AWAM MAMBANG DIAWAN

PROGRAM KAWALAN TIKUS DI PASAR AWAM MAMBANG DIAWAN
🐁🐁🐁🐁🐁🐁🐁🐁🐁🐁🐁🐁🐁🐁🐁🐁
Majlis Daerah Kampar sedang menjalankan Program Kawalan Tikus di Pasar Awam Mambang Diawan selama tempoh 7 hari dengan pemasangan perangkap tikus di kawasan dalam pasar awam bermula dari :
24 hingga 30 JULAI 2023
Bersempena dengan Kempen Pasar Awam Bersih PBT Tahun 2023.
Adalah dinasihatkan kepada semua peniaga pasar awam dan orang awam supaya :
❌ Tidak mengambil, mengalih atau merosakkan perangkap tikus yang dipasang.
❌ Tidak memasukkan apa-apa bahan atau benda ke dalam perangkap yang dipasang.
❌ Tidak melepas atau mengganggu tangkapan tikus yang berada di dalam perangkap.
Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai.