MENU
1)
  Webmail adalah aplikasi email rasmi yang digunakan oleh kakitangan dan Ahli Majlis untuk menghantar dan menerima email.
   
2)
  Objektif sistem ini adalah untuk membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia, mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia dan membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan.
   
   Objektif
 
  •  Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat sumber manusia ;
  • Mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia;
  • Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
  • Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses sumber manusia dan capaian melalui single window;
  • Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless; dan
  • Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.
   
   VISI
 
  • Menjadikan HRMIS aplikasi unggul dalam pengurusan sumber manusia sektor awam bertaraf dunia melalui kecanggihan ICT selaras dengan wawasan kerajaan
   
   MISI
 
  • Memastikan semua agensi dalam sektor awam melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) selaras dengan visi sumber manusia Perkhidmatan Awam dan matlamat Kerajaan Elektronik
  • Memastikan HRMIS sentiasa relevan dalam pengurusan sumber manusia sektor awam melalui penambahbaikan berterusan
   
 3)  
  Apliksi ehadir ini bertujuan untuk merekod kehadiran, cuti, ‘time off' dan tugasan luar kakitangan Majlis Daerah Kampar. Dengan adanya aplikasi ini Ketua Jabatan dapat memantau kehadiran kakitangan masing-masing dengan lebih mudah. Ianya boleh menggunakan cap jari, kad dan juga katalaluan.