MENU

Kesimpulan

Berdasarkan tiga kajian di atas dapat menjelaskan bilakah tarikh penempatan awal Kampar serta orang-orang yang bertanggungjawab memulakan penerokaan awal Kampar. Ketiga-tiga kajian sependapat bahawa faktor-faktor yang mendorong ke arah penerokaan adalah kerana terjumpanya longgokan bijih timah sebagai logam yang sangat berharga pada masa itu.

Dari sumber-sumber Arkib membuktikan Kampar telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1886 berpandukan minit yang tercatat dalam fail KLO 523/1900 mengenai bayaran cukai tanah yang dikenakah ke atas pihak Sultan yang belum dijelaskan. Walaupun dari sumber-sumber Arkib tidak dijelaskan peneroka awalnya, namun semestinya dari kalangan pihak Istana ataupun orang-orang kenamaan yang ada kaitan dengan Istana, dan kita ketahui Ngah Jabor adalah seorang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak Istana terutama dengan Sultan Idris.
Dari artikel Datuk Hashim dan kajian En. Chye Kooi Loong menjelaskan peneroka awalnya adalah Imam Prang Jabor dan para pengikutnya di sekitar tahun-tahun 1886 dan 1887.