MENU

Pembangunan awal pada tahun dan berkonsepkan Taman Jepun. Pengubahsuaian konsep telah dibuat pada penghujung tahun 80an dan di awal tahun 90an dan seterusnya perubahan dibuat dari semasa ke semasa. Taman berkonsepkan taman terbuka. Pengunjung dapat berehat sambil menikmati keindahan pokok-pokok yang ditanam. Selain itu dapat melihat binatang-binatang kecil dan ikan hiasan yang ditempatkan dalam kurungan dan kolam yang disediakan.

Taman dibuka pada pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam pada setiap hari. Lokasi taman berhadapan Balai Polis Kampar.