MENU

Sukacita dimaklumkan, Sistem OSC Online atau permohonan pelan pembangunan melalui atas talian akan dilaksanakan semula oleh Unit Pusat Setempat (OSC MDKpr) pada tahun 2018.

Jesteru itu, semua perunding (PSP/SP/Pemaju) yang terlibat dengan skim pembangunan diwajibkan untuk mendaftarkan syarikat masing-masing di kaunter Unit Pusat Setempat (OSC MDKpr) bermula dari 13 Disember 2017.

Untuk makluman Tuan/Puan, pelaksanaan Sistem OSC Online Fasa 1 iaitu pada 1 Januari 2018 akan melibatkan permohonan Pelan Lampu Jalan, Pelan Landskap dan Pelan Nama Taman sahaja. Manakala bagi permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, Pelan Jalan & Saliran dan Pelan Kerja Tanah akan dilaksanakan dalam Fasa 2 iaitu pada bulan Mac 2018.

Sehubungan itu, dimohon supaya Tuan/Puan mengambil maklum terhadap perkara ini dan membuat tindakan segera agar perjalanan sistem ini berjalan dengan lancar. Kerjasama Tuan/Puan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Untuk paparan web OSC Online 3.0 sila layari http://osconline.mdkampar.gov.my/eOSC/first.page

MUAT TURUN SURAT      : surat_makluman_psp_sp_pemaju051.pdf

MUAT TURUN BORANG OSC : http://www.mdkampar.gov.my/ms/mdkpr/sumber/muat-turun-borang/unit-one-stop-centreosc