MENU

Pada hari Sabtu 14.10.2017 bertempat di Lembah Tempurung,Daerah Kampar, satu  gotong royong bersempena Program My Beautiful Neighbourhood atau Kejiranan Indah dibawah Strategi Laut Biru Kebangsaan telah dilaksanakan dengan jayanya.

§Program My Beautiful Neighbourhood ini dirasmikan oleh Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar yang mewakili Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohamad Radzi ,Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Tualang Sekah.

§Ianya dilaksanakan bertujuan untuk mengubah persekitaran kejiranan yang tidak terurus kepada persekitaran yang indah, selamat dan bersih disamping mewujudkan perasaan cintakan persekitaran kejiranan dikalangan penduduk setempat.

§Program bermula jam 8.00 pagi dengan ucapan perasmian dan gimik pelancaran menanam pokok  oleh  VVIP yang hadir seterusnya gotong royong membersih kawasan sekitar lokasi RC World. Turut mencuri tumpuan apabila beberapa pesawat kawalan jauh yang dikawal oleh ahli RC Aero Perak  mempamerkan skill kawalan yang memukau para hadirin. Program My Beautiful Neighbourhood 2017 tamat kira-kira jam 11.30 pagi.