MENU
 
PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2016
 

PELANCARAN INISIATIF KEJIRANAN HIJAU MDKpr 2016 OLEH YB DATO' HAJAH RUSNAH BT. KASSIM, EXCO KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK

Perhimpunan Anggota Bil.3/2016 MDKpr yang telah berlangsung pada 4 Mac 2016 yang lalu menjadi lebih bermakna dengan kehadiran tetamu khas iaitu YB Dato' Hajah  Rusnah Binti Kassim, DPMN., PMP., KMM., PPT., Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Negeri Perak.

Beliau telah melancarkan Inisiatif Kejiranan Hijau MDKpr Tahun 2016 yang menggariskan 7 langkah seperti berikut ;
1. Pengkomposan Sisa Makanan
2. Perkebunan Bandar
3. Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
4. Penyediaan Laluan Berbasikal
5. Penyediaan Laluan Pejalan Kaki
6. Pengurusan Sisa Elektronik (E-Waste) Secara Teratur, dan ;
7. Pengurangan Penggunaan Bekas Polistirena

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Jabatan Bomba dan jabatan-jabatan di dalam MDKpr yang terlibat dalam membantu memadankan kebakaran di tapak pelupusan Sahom, melawat ke Tandas Awam MDKpr yang telah berjaya memenangi Anugerah Perak Peringkat Kebangsaan 2015 dan seterusnya merasmikan SPAH Kompleks Pentadbiran MDKpr.

Lawatan diakhiri dengan  Perasmian Kempen Pengurusan Pelupusan E-Waste di bawah Program Volunteerism V dengan pihak Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang diadakan di Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Bukit, Kampar.

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2016

Perhimpunan Bulanan Bil 2/2016 telah diadakan pada hari Selasa  22 Februari 2016 jam 2.30 petang. Pengisian program adalah ucapan Tuan Yang Dipertua MDKpr. Beliau menasihatkan anggota supaya melaksanakan kerja dengan ikhlas dan mengikut semua peraturan-peraturan yang telah ditetapkan supaya tidak dikenakan tindakan tatatertib. Sesi perkongsian ilmu disampaikan oleh Puan Nurlida Bt Mokhtar iaitu Akauntan Majlis Daerah Kampar. Tajuk taklimat beliau ialah Pinjaman Perumahan. Taklimat yang disampaikan oleh beliau amat berguna kepada semua kakitangan MDKpr. Perhimpunan ini turut memperkenalkan 3 orang kakitangan baru di Jabatan Perbendaharaan iaitu Cik Aqila Fakhira Bt Apindi, Cik Naimah Bt Saharodin dan Encik Muhammad Zulhelmi B Mohd Salji.

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2016

Perhimpunan Bulanan Bil 1/2016 telah diadakan pada hari Selasa 26 Januari 2016 jam 2.30 petang. Pengisian program adalah ikrar Aku Janji dan bacaan Akta Rahsia Rasmi yang diketuai oleh En Yunus B Harun, Penolong Pegawai Penguatkuasa, taklimat pembudayaan ilmu oleh En Goh Seng Chee, Pegawai Kesihatan dan Persekitaran dengan tajuk Bahaya Polisterin dan Kesan Penggunaannya serta pelancaran Inisiatif Kejiranan Hijau iaitu Kempen Pengurangan Penggunaan Bekas Polisterin. Tuan Yang Dipertua En Khairul Amir B Muhamad Zubir turut menyampaikan ucapan di dalam perhimpunan tersebut. Dalam ucapan beliau menyentuh berkenaan amanat Menteri Besar Perak iaitu Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir dan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai pada tahun 2015.