MENU

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 6/2016
Perhimpunan Bulanan Bil 6/2016 telah diadakan pada 30 Jun 2016. Pengisian program ialah dengan mengadakan Majlis Persaraan 4 orang anggota Majlis Daerah Kampar iaitu Puan Nurlida binti Mokhtar, En. Ahmad Niza Bin Shamsuddin, En. Mohd Hasri Bin Ismail dan En. Omar bin Yahya. Dalam perhimpunan ini juga turut disampaikan penghargaan kepada Pasukan Bola Sepak Majlis Daerah Kampar yang menjadi Johan di pertandingan Bola Sepak Daerah Kampar tahun 2016.

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2016
Perhimpunan Bulanan Bil 5/2016 telah diadakan pada 31 Mei 2016. Pengisian program adalah, Majlis Penutupan Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MDKpr Tahun 2016 oleh Ir. Mohamad Razali bin Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak. Juga diadakan Penyampaian Anugerah Penghargaan seperti berikut :

1) Penghargaan Mewakili Malaysia di Peringkat Antarabangsa di Kejohanan Paintball Piala    

     Asia dan Asia Pasifik 2016

  • En Alif Syarazi Bin Mohd Sapian

2) Naib Johan Kelantan International Paintball Challenge

       -     Kumpulan Ababil MDKpr

3) Pingat Emas Silver Division Battle of skill 2016

      -    En. Alif Syairazi Bin Mohd Sapian

      -    En. Mohamed Amirul Hadi Bin Hassan

4) Liga Sukan Untuk Semua (LISUS)

     -   Bola Sepak (Lelaki) – Johan Peringkat Daerah Kampar 2016 dan

                                                   Naib Johan Liga Peringkat Negeri Perak 2016

  • Futsal (lelaki)        – Johan Peringkat Daerah Kampar 2016

Anugerah sempena Kempen Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2016 juga telah disampaikan dalam Perhimpunan bulanan ini.

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2016
Perhimpunan Bulanan Bil 4/2016 telah diadakan pada 5 Mei 2016. Pengisian program pada perhimpunan ini ialah bacaan ikrar Aku Janji dan ikrar Akta Rahsia Rasmi daripada anggota-anggota baru seramai 21 orang. Anggota baru juga diberi peluang untuk memperkenalkan diri kepada kakitangan Majlis. Perkongsian ilmu pula disampaikan oleh Pegawai Penilaian iaitu Encik Mohd Salim B Salleh dengan tajuk " Apakah Itu Cukai Taksiran ". Perkongsian ilmu ini banyak memberi ilmu baru kepada semua kakitangan Majlis dari segi cara pengiraan untuk mendapatkan bil cukai taksiran, tindakan yang boleh diambil kepada pemilik yang tidak membayar cukai dan maklumat-maklumat pegangan di bawah Majlis Daerah Kampar.

Ucapan pihak pengurusan disampaikan oleh Tuan Setiausaha dengan tajuk " 8 Prinsip Kerja Terbaik". Prinsip tersebut adalah :
1. Berilmu
2. Keboleh percayaan
3. Budaya amalan kerja terbaik
4. Semangat patriotik
5. Kaberhasilan berteraskan 'outcome'
6. Budaya kreativiti & inovasi
7. Nilai tambah & kompetensi
8. Pemuafakatan kerja