MENU

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2016

Perhimpunan Bulanan Bil 9/2016  telah diadakan pada 1 September 2016 dengan Pengisian Utamanya adalah dengan mengadakan Majlis Pengiktirafan Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Pekerjaan (OHSAS) 18001 : 2007. Majlis Pengiktirafan Pensijilan ini di sampaikan Pengerusi Niosh Tan Seri Lee Lam Thye

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2016

Perhimpunan Bulanan Bil 8/2016 telah diadakan pada 29 Ogos 2016. Pengisian program adalah Pelancaran Kempen Kibaran Jalur Gemilang Peringkat MDKpr, penyampaian anugerah penghargaan bagi Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2016 dan Sijil Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks  Akauntabiliti bagi Tahun Kewangan 2015. Pada perhimpunan ini juga diadakan majlis persaraan anggota iaitu Tuan Haji Yarahim Bin Mohamed Ali. Tuan Haji Yarahim telah berkhidmatan dalam kerajaan selama 43 tahun.

 

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2016

Perhimpunan Bulanan Bil 7/2016  telah diadakan pada 29 Julai 2016 bersekali dengan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Majlis Daerah Kampar bertempat di Dewan Bandaran Kampar. Ramai tetamu VVIP dan VIP di jemput dalam Majlis ini. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan dari Buskers Jemputan iaitu Bull Street Buskers. Anak-anak kakitangan pastinya yang paling gembira kerana menerima duit raya dari pihak Majlis Daerah Kampar. Tidak ketinggalan penyampaian cabutan bertuah kepada 20 kakitangan Majlis Daerah Kampar sebagai acara kemuncak pada petang itu.