MENU

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 12/2016

Perhimpunan Bulanan Bil 12/2016 telah diadakan pada 27 Disember 2016. Dalam Perhimpunan Bulanan ini Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Kampar,

Tuan Khairul Amir Bin Muhamad Zubir, AMP telah menyampaikan ucapan penutup tahun 2016.  Satu Pengumuman berkenaan Sukan Kerajaan Tempatan 2017 telah di umumkan oleh Yang DiPertua Kelab Sukan Majlis Daerah Kampar, Encik Mohd Ashhar Amin Bin Alias. Sejurus pengumuman tersebut satu Watikah Perlatikan Bagi Jawatankuasa Kerja dan Pengurus Pasukan Sukan Kerajaan Tempatan 2017 telah di sampaikan kepada kakitangan yang telah terpilih oleh Tuan Yang DiPertua MDKpr. Turut di sampaikan Sijil Pertolongan Cemas Lanjutan dan CPR kepada 6 kakitangan yang telah lulus peperiksaan khas. Juga disampaikan Anugerah Penghargaan seperti berikut :

 

             * Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia Peringkat                                           Kebangsaan : Anugerah Emas

             * Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau                                       Peringkat Kebangsaan

              1) Kategori Laluan Basikal

              2) Kategori Pengkomposan Sisa Pepejal

Penutup perhimpunan kali ini adalah dengan Majlis Penghargaan Persaraan Anggota,iaitu Encik Rosli Bin Othman yang bersara pilihan sendiri setelah 35 tahun berkhidmat.

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2016

Perhimpunan Bulanan Bil 11/2016 telah diadakan pada 29 November 2016. Pengisian program pada perhimpunan ini ialah Perkongsian ilmu oleh Pegawai Unit Pusat Setempat (OSC) iaitu Puan Mazwin Bin Mohamed Noor dengan tajuk " Perkongsian Pelanggan Berkualiti ". Perkongsian ilmu ini banyak memberi ilmu untuk semua kakitangan bagi lebih efisyen mengendalikan pelanggan yang datang ke Majlis Daerah Kampar.Turut di adakan Penyampaian Anugerah Penghargaan bagi Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ke-29 Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak Tahun 2016, i-sign CSR yang telah memenangi tempat Kedua (Naib Johan).

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2016

Perhimpunan Bulanan Bil 10/2016 telah diadakan pada 27 Oktober 2016. Dengan pengisian utamanya iaitu Majlis Penghargaan  Persaraan buat Puan Rahimah binti Rahim Penolong Pegawai Tadbir yang bersara secara pilihan setelah berkhidmat lebih 36 tahun di Majlis Daerah Kampar. Tidak lupa juga penyampaian Sekilo Budi kepada anggota yang akan menyambut Perayaan Deepavali.