MENU

 

Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (MPIPA) Peringkat Negeri Perak Tahun 2017

KEMENANGAN BERGANDA!

MDKpr bergelar Johan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT), setelah mencuba sejak tahun 2012.

Di samping itu, pengiktirafan daripada kerajaan Negeri Perak juga telah diterima melalui Anugerah Potensi-  Inovasi Menteri Besar (AIMB) 2017 kepada Kumpulan Beetle melalui projek inovasi "Kampar Organik". Anugerah inovasi ini telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (MPIPA) Peringkat Negeri Perak Tahun 2017 pada 31 Oktober 2017.

Tahniah Kumpulan Beetle dan semua warga MDKpr!

 

 

Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Ke-29 dan Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak Tahun 2016

Projek I-Sign CSR; Pengurusan Papan Tanda Bersepadu Secara Tanggungjawab Sosial Korporat oleh MDKpr telah berjaya menjadi Naib Johan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Negeri Perak Tahun 2016 pada Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Ke-29 dan Sambutan HARI Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak 2016 yang telah berlangsung pada 10 November 2016. Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Jade yang telah mengharumkan nama MDKpr melalui kejayaan ini.

 

Sessi Pembentangan Laporan Bagi Penyertaan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2016 Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Majlis Daerah Kampar telah menyertai Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2016 Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan tercalon dalam senarai 15 Akhir bagi Sessi Pembentangan Laporan Penyertaan AIPBT 2016 yang telah diadakan pada 25 April 2016 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Aquamarine, Aras 29, KPKT. Projek yang disertai oleh MDKpr pada tahun ini adalah Penambahbaikan Pengurusan Billboard : Proses Permohonan Billboard yang Berkonsepkan Pusat Setempat (iMoB) daripada Kumpulan Perintis.